Bangkitlah Para Muslimah Semua
..... (¯`v´¯)♥
KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA
....¸.•´
...(-☻/
.../▌
/ \❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu.
KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA
....¸.•´
...(-☻/
.../▌
/ \❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu.
Entah
puisi entah sajak yang telah aku ciplak entah dari mana..Sebenarnya aku
nak bercerita tentang hati wanita..bercerita tentang wanita, mengingati
tentang wanita sebenarnya sangat complicated. Hasil pemantauan aku
sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku dapati banyak wanita yang
mengalami sindrom "stress" bila mengalami kegagalan baik dalam
kehidupan, rumahtangga dan juga percintaan. Mereka yang mengalami
situasi ini biasanya hidup dalam kegelisahan, kemurungan, sakit hati,
resah tak menentu dan paling tak best sekali membawa bersama dendam
amarah dalam hatinya.
Faktor-faktor
kepada semua situasi di atas adalah refleks atau tindak balas yang
terjadi akibat dari lintasi hati dan daya pemikiran yang tak selari
dengan tindakan. Apabila seorang wanita itu menghadapi "kekalahan" dalam
hidupnya, "daya pemikiran mengatakan tak per la mungkin ini yang
terbaik buat aku. Memang sudah ditakdirkan begitu atau begini". Lintasi
pemikiran mengatakan aku mampu teruskan perjalanan hidup walau tanpa kau
disisi". Kata-kata itu mungkin tercetus dari rasa sakit hati. Terlontar
lantaran ingin membuktikan "biarpun tanpa dia, aku masih mampu berdiri
sendiri." Biarpun dah berbakul-bakul kata-kata semangat atau motivasi
dititipkan buat diri sendiri, tapi mengapa masih lagi rasa terbeban
dalam hati. Masih lagi tak mampu menghadapi ujian sebegini.
Siapa
yang tak pernah rasa sakit hati, tak pernah rasa dikhianati, tak pernah
rasa diambil peduli, tak pernah rasa dihargai bila ditinggalkan saat
diri sendiri tak tahu apa kesilapan yang telah dia lakukan. Bagaimana
mungkin mampu dia sebagai wanita memaafkan seseorang yang telah
memberikan warna-warna kelam dalam kehidupannya tanpa mampu dia
mempertahankan hak dan kebenarannya. Bagaimana seorang wanita itu mampu
melupakan kesakitan yang ditinggalkan terhadap dirinya bila dia tidak
pernah diberikan sebarang kesempatan untuk mengetahui hakikat sebenar
terhadap dirinya. Semua faktor ini sebenarnya mampu melemahkan batiniah
seorang wanita.
Bagaimana
mahu memberi harapan semula kepada wanita yang mungkin merasakan
hidupnya telah musnah? Pokok pangkalnya datang dari hati. Bila
menghadapi ujian segetir ini, wanita haruslah tabah dan yakin diri
bahawa apa yang dilalui itu merupakan ujian dari Allah. Acap kali aku
mendengar orang mengatakan bahawa ujian didatangkan bersama dengan
kemampuan kita untuk melaluinya. Tapi berapa ramai wanita yang faham
akan maksud dan kata-kata tersebut. Berapa ramai pula yang mahu menerima
takdir getir ini dalam hidupnya? Tak ramai bukan.
Nasihat kepada semua wanita diluar sana, tanpa meminggirkan nasihat kepada diri sendiri,
"Biarlah
didunia menerima sedikit kedukaan, tetapi yakinlah di atas kesabaran
ini Allah akan mengurniakan seribu kegembiraan. Di sinilah perlunya
wanita berfikiran secara waras dalam melaksanakan tindak tanduk mereka
apabila berhadapan dengan masalah. Pesanan aku buat akhirnya, terimalah
takdir hidup ini dengan redha. Yakinlah bahawa dengan sedikit kesedihan
ini Allah ingin mengurniakan lebih banyak kebaikkan. Mungkin kita semua
tidak nampak dengan mata, tetapi mata hati mampu membuka tabir ini
sekiranya hati terus disuburkan dengan iman.
Putus
cinta atau perceraian bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu
permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya
kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada
Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik
belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun
yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu
yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala
sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Pujuklah
hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada
pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang
pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang
lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jadilah
diri kita sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan
bahawa Allah Maha Adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk
mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita
miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya merasa tidak dihargai
oleh kekasih atau suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk
‘dikorbankan’ hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar
sekalipun kita dipinggirkan oleh mereka, ingatlah mereka bukan
segala-galanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar